Sunday, 31 December 2017

SUNNAH - Betulkan Niat Kita


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِيءٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٌ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ )). رَوَاهُ إِمَامَا الْمُحَدِّثَيْنِ : أَبُوْ عَبْدِ الله مُحَمَّدِ بْنِ إِسْمَاعِيْلَ بْنِ إِبْرَاهِيْمَ بْنِ الْمُغِيْرَةِ بْنِ بَرْدِزْبَةِ الْبُخَارِيْ ، وَأَبُوْ الْحُسَيْنِ مُسْلِمُ بْنُ الْحَجَّاجِ بْنِ مُسْلِمِ الْقُشَيْرِيُّ اَلنَّيْسَابُوْرِيُّ فِيْ صَحِيْحَيْهِمَا اللَّذَيْنِ هُمَا أَصَحُّ الْكُتُبِ الْمُصَنَّفَةِ .

Dari Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Khattab berkata, 

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal perbuatan memerlukan niat. Dan setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa yang hijrahnya kerana ingin meraih dunia atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan.” 

Hadis ini diriwayatkan oleh dua orang imam besar ahli hadis iaitu, Abu Abdillah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari, dan Abul Husein Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi dalam kitab Sahih mereka, iaitu kitab karangan yang paling sahih. 

... 

#sunnah
#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#zikr

Thursday, 28 December 2017

SUNNAH - Mari memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat.


Antara Sunnah Nabi yang kita dituntut untuk mengamalkannya. Mari kita perbanyakkan membaca selawat keatas junjungan besar, Nabi Muhammad s. a. w. di hari Jumaat yang mulia ini. Salah satu lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد "Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya." 

#kufi
#kufimurabba
#kufimurobba
#art
#kufimoden
#zikr
#sunnah

Wednesday, 27 December 2017

Kufinama : SELANGOR DARUL EHSAN


1. Kufi Murabba Selangor Darul Ehsan. Maaf, olehkerana terdapat hasil karya saya yang diplagiat, saya terpaksa meletakkan watermark. 

2. Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂. 

3. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#kufimoden
#art
#selangor
#selangordarulehsan

Tuesday, 26 December 2017

Kufinama : NEGERI SEMBILAN DARULKHUSUS


1. Nama Negeri Sembilan DarulKhusus dalam bentuk kufimurabba atau square kufic. 

2. Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk meggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂.  

3. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

Kufinama : AISHAH NORDIN


1. Kali ini, rekabentuk kufinama agak lain dari biasa. 

2. Setelah nama direkabentuk menjadi segiempat sama (square kufic), kreativiti dan skill serta peralatan yang sesuai, diperlukan bagi merekabentuk kufi secaral floral (bunga). 

3. Ini masih lagi peringkat draft. Belum disolek habis-habisan. 

4. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

- Wak Kufi

😁

Kufinama - JOHOR DARUL TA'AZIM


1. Setiap Negeri di Malaysia, memiliki nama gelaran yang tersendiri bagi melambangkan identiti & jati diri mereka.

2. Berikut adalah nama setiap negeri di Malaysia dengan gelaran masing-masing :-

1. Johor Darul Taazim. 
2. Melaka (Pernah menggunakan Melaka Negeri Bersejarah, dan juga Melaka Bumi Hang Tuah. Ada juga yang menggelarnya Melaka Darul 'Azim). 
3. Negeri Sembilan Darul Khusus. 
4. Selangor Darul Ehsan. 
5. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan).
6. Perak Darul Ridzuan. 
7. Kedah Darul Aman. 
8. Pulau Pinang Pulau Mutiara. 
9. Perlis (Dahulu menggunakan Indera Kayangan, tapi sekarang hanya PERLIS sahaja). 
10. Kelantan Darul Naim. 
11. Terengganu Darul Iman. 
12. Pahang Darul Maamur. 
13. Sarawak Bumi Kenyalang. 
14. Sabah Dibawah Bayu.

3. Anda berminat untuk menjadikan kufinama negeri anda sebagai lambang jatidiri pada cenderahati? Hubungi saya melalui Whatsapp.

*** Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk meggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂. 

Zikir-zikir yang dianjurkan untuk kita amalkan pada bila bila masa


Subhanallah = Maha Suci Allah. 

Alhamdulillah = Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

La Ilaha Illallah = Tiada Tuhan Selain Allah. 

Allahu Akbar = Allah Yang Maha Besar (Agung).