Dengarkan sedikit mengenai seni khat, kufi, kaligrafi, dan kepentingannya sebagai identiti bangsa Melayu.
Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts
Thursday, 10 October 2019
Kaedah Menulis Assalamualaikum full square
Kaedah Menulis Assalamualaikum full square.
Perhatikan lenggok dan cara penyambungan huruf.
Perhatikan lenggok dan cara penyambungan huruf.
Saturday, 17 February 2018
Kaedah Belajar Kufi Murabba' Disiplin FoKS
1. Ramai yang bertanya kepada saya berkenaan cara-cara mendalami ilmu seni Kufi Murabba' ini. Dan saya akan menjelaskan serbasedikit secara ringkas.
2. Untuk lebih memudahkan lagi penerangan saya, disini saya kongsikan sebuah infografik ringkas berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu seni Kufi Murabba' kaedah FoKS.
3. Infografik ini adalah percuma. Anda boleh memindahturunnya dan menyimpannya untuk rujukan dan boleh disearkan.
4. SEMOGA BERMANFAAT.
- Asri al-Baker
2. Untuk lebih memudahkan lagi penerangan saya, disini saya kongsikan sebuah infografik ringkas berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu seni Kufi Murabba' kaedah FoKS.
3. Infografik ini adalah percuma. Anda boleh memindahturunnya dan menyimpannya untuk rujukan dan boleh disearkan.
4. SEMOGA BERMANFAAT.
- Asri al-Baker
Wednesday, 10 January 2018
DOA NABI YUNUS
Doa Nabi Yunus atau Doa ZunNun :
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
[Surah al-Anbiya’:87]
Doa ini juga disebutkan dalam sebuah hadis. Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. [Riwayat al-Tirmizi (3505)]. [Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan].
Jom kita amal sunnah, biar sikit tapi istiqamah.
#kufimurabba
#kufimurobba
#art
#foksinternasionale
#zikr
#doa
#tawheed
#tauhid
#uluhiyyah
Tuesday, 26 December 2017
Kufinama : NEGERI SEMBILAN DARULKHUSUS
1. Nama Negeri Sembilan DarulKhusus dalam bentuk kufimurabba atau square kufic.
2. Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk meggunakan logo ini secara percuma di laman sosial, atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂.
3. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.
Kufinama - JOHOR DARUL TA'AZIM
1. Setiap Negeri di Malaysia, memiliki nama gelaran yang tersendiri bagi melambangkan identiti & jati diri mereka.
2. Berikut adalah nama setiap negeri di Malaysia dengan gelaran masing-masing :-
1. Johor Darul Taazim.
2. Melaka (Pernah menggunakan Melaka Negeri Bersejarah, dan juga Melaka Bumi Hang Tuah. Ada juga yang menggelarnya Melaka Darul 'Azim).
3. Negeri Sembilan Darul Khusus.
4. Selangor Darul Ehsan.
5. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan).
6. Perak Darul Ridzuan.
7. Kedah Darul Aman.
8. Pulau Pinang Pulau Mutiara.
9. Perlis (Dahulu menggunakan Indera Kayangan, tapi sekarang hanya PERLIS sahaja).
10. Kelantan Darul Naim.
11. Terengganu Darul Iman.
12. Pahang Darul Maamur.
13. Sarawak Bumi Kenyalang.
14. Sabah Dibawah Bayu.
3. Anda berminat untuk menjadikan kufinama negeri anda sebagai lambang jatidiri pada cenderahati? Hubungi saya melalui Whatsapp.
*** Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk meggunakan logo ini secara percuma di laman sosial, atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂.
Zikir-zikir yang dianjurkan untuk kita amalkan pada bila bila masa
Subhanallah = Maha Suci Allah.
Alhamdulillah = Segala Pujian Hanya Bagi Allah.
La Ilaha Illallah = Tiada Tuhan Selain Allah.
Allahu Akbar = Allah Yang Maha Besar (Agung).
Kufi Mushafi - Old school kufi
1. Tahukah anda? Bahawa kitab suci al-Quran ditulis oleh generasi awal Islam termasuk golongan Salafus-Saleh, dengan menggunakan khat kufi?
2. Pada ketika itu, kufi menjadi asas untuk penulisan, perhubungan dan komunikasi antara bangsa Arab.
3. Nama Kufi, dinisbahkan kepada tempat khat ini berkembang iaitu di sebuah tempat bernama Kufah, yang sekarang terletak di Iraq.
4. Kufi mengalami evolusi dan membangun, teruaydikembangkan menjadi banyak versi seperti Kufi Fatimi, Kufi Murabba' dan pelbagai lagi.
5. Panjang sejarah kufi sebenarnya.
Surah al-Fatihah ayat 2
Dialah Allah Yang Maha Pemurah (kepada semua makhluknya) dan Maha Penyayang (kepada orang-orang yang beriman).
Orang orang beriman itu bersaudara
Surah al-Hujrat ayat 49. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.
#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#squarekufic
Friday, 22 December 2017
Dengan Nama Allah
Berkarya bukan syiok sendiri.
Tak guna berkarya kalau hanya pengkarya seorang diri yang mampu menikmati & memahami karya tersebut. Dalam memahami Square Kufic, salah satu disiplin paling penting dalam #kufimurabba ialah BOLEH DIBACA sebagaimana membaca tulisan jenis khat arab yang lain.
Atas dasar inilah, maka disiplin dalam kufimurabba seperti datum (paksi), serta penjagaan huruf-huruf hijaiah amat penting untuk difahami dan diikuti.
Sesiapa pun boleh mengaku pandai berkufi tetapi hasilnya akan jadi cacamarba jika tak ikut disiplin asas.
Oleh itu, berkufilah dengan berdisiplin. Bukan semberono.
#kufimurobba
#kufi
#art
#philosophy
#challenge
Welcome to DUNIA KUFI
Subscribe to:
Posts (Atom)
