Monday 26 February 2018

ANTARA KESILAPAN DALAM BERKUFI.

Ramai yang menghasilkan karya kufi. Tetapi ramai yang tidak mengikut kaedah & disiplin yang betul dalam berkufi. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak menjaga sifat-sifat huruf Hijaiyyah.

Huruf Ba, WAJIB memiliki tiangnya. Ia TIDAK boleh dibikin tanpa tiang.




Karya berwarna oren BUKAN karya saya. Ia memiliki banyak kesilapan yang saya bulatkan.

Karya berwarna hitam adalah hasil setelah saya perbetulkan kufinya mengikut kaedah FoKS.

Tak salah nak berkufi, tapi pelajarilah teknik yang betul & ikutlah disiplin agar hasilnya berkualiti. Bukan tangkap muat dan hentam kromo sahaja.


10 Dijamin Syurga - UTHMAN IBN AFFAN

Beliau menjadi salah seorang sahabat Nabi yang paling disegani dan dihormati kerana kesantunannya, kepintarannya dalam menangani masalah dan kedermawanannya. Sehinggakan Nabi sendiri berkenan mengahwinkan 2 orang anak Baginda kepada sahabat ini. Beliaulah pemilik gelaran Zun-Nur'Ain iaitu Uthman Ibn Affan.

Thursday 22 February 2018

10 Dijamin Syurga - UMAR AL KHATTAB

Walaupin beliau tidak termasuk dalam golongan As Sabiqul Awwaleen (Penerima Islam Terawal), beliau menjadi sahabat Nabi yang paling lantang, paling tegas dan paling digeruni oleh pihak lawan. Beliaulah Umar al Khattab.

10 Dijamin Syurga - ABU BAKAR ASSIDDIQ

Sahabat nabi yang paling rapat, yang mendapat banyak tunjuk ajar terus menerus dari Nabi. Beliau merupakan seorang sahabat yang memang sudah rapat dengan Nabi semenjak sebelum Islam diwahyukan. Beliaulah Abdullah bin Abi Quhafah yang lebih dikenali sebagai Abu Bakar.

Saturday 17 February 2018

Kaedah Belajar Kufi Murabba' Disiplin FoKS

1. Ramai yang bertanya kepada saya berkenaan cara-cara mendalami ilmu seni Kufi Murabba' ini. Dan saya akan menjelaskan serbasedikit secara ringkas.

2. Untuk lebih memudahkan lagi penerangan saya, disini saya kongsikan sebuah infografik ringkas berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu seni Kufi Murabba' kaedah FoKS.

3. Infografik ini adalah percuma. Anda boleh memindahturunnya dan menyimpannya untuk rujukan dan boleh disearkan.

4. SEMOGA BERMANFAAT.

- Asri al-Baker

Tuesday 6 February 2018

Kufinama : DARUL ZAINISA'






1. Puan Zainisa' dari Johor Baharu menghubungi saya dan menjelaskan tentang logo yang beliau kehendaki. Setelah beberapa versi, maka beliau memilih rekabentuk yang ini.

2. Ia adalah gabungan perkataan Darul dengan nama beliau.

3. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

Terima Kasih Puan Zainisa'.

:-)