Showing posts with label discipline. Show all posts
Showing posts with label discipline. Show all posts

Thursday, 10 October 2019



Dengarkan sedikit mengenai seni khat, kufi, kaligrafi, dan kepentingannya sebagai identiti bangsa Melayu.


Monday, 26 February 2018

ANTARA KESILAPAN DALAM BERKUFI.

Ramai yang menghasilkan karya kufi. Tetapi ramai yang tidak mengikut kaedah & disiplin yang betul dalam berkufi. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak menjaga sifat-sifat huruf Hijaiyyah.

Huruf Ba, WAJIB memiliki tiangnya. Ia TIDAK boleh dibikin tanpa tiang.




Karya berwarna oren BUKAN karya saya. Ia memiliki banyak kesilapan yang saya bulatkan.

Karya berwarna hitam adalah hasil setelah saya perbetulkan kufinya mengikut kaedah FoKS.

Tak salah nak berkufi, tapi pelajarilah teknik yang betul & ikutlah disiplin agar hasilnya berkualiti. Bukan tangkap muat dan hentam kromo sahaja.


Saturday, 17 February 2018

Kaedah Belajar Kufi Murabba' Disiplin FoKS

1. Ramai yang bertanya kepada saya berkenaan cara-cara mendalami ilmu seni Kufi Murabba' ini. Dan saya akan menjelaskan serbasedikit secara ringkas.

2. Untuk lebih memudahkan lagi penerangan saya, disini saya kongsikan sebuah infografik ringkas berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu seni Kufi Murabba' kaedah FoKS.

3. Infografik ini adalah percuma. Anda boleh memindahturunnya dan menyimpannya untuk rujukan dan boleh disearkan.

4. SEMOGA BERMANFAAT.

- Asri al-Baker

Friday, 22 December 2017

Berkarya bukan syiok sendiri.



Tak guna berkarya kalau hanya pengkarya seorang diri yang mampu menikmati & memahami karya tersebut. Dalam memahami Square Kufic, salah satu disiplin paling penting dalam #kufimurabba ialah BOLEH DIBACA sebagaimana membaca tulisan jenis khat arab yang lain.

Atas dasar inilah, maka disiplin dalam kufimurabba seperti datum (paksi), serta penjagaan huruf-huruf hijaiah amat penting untuk difahami dan diikuti.

Sesiapa pun boleh mengaku pandai berkufi tetapi hasilnya akan jadi cacamarba jika tak ikut disiplin asas.

Oleh itu, berkufilah dengan berdisiplin. Bukan semberono.

#kufimurobba
#kufi
#art
#philosophy
#challenge