Showing posts with label design. Show all posts
Showing posts with label design. Show all posts

Thursday, 10 October 2019

Kaedah Menulis Assalamualaikum full square

Kaedah Menulis Assalamualaikum full square.


Perhatikan lenggok dan cara penyambungan huruf.

Monday, 26 February 2018

ANTARA KESILAPAN DALAM BERKUFI.

Ramai yang menghasilkan karya kufi. Tetapi ramai yang tidak mengikut kaedah & disiplin yang betul dalam berkufi. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak menjaga sifat-sifat huruf Hijaiyyah.

Huruf Ba, WAJIB memiliki tiangnya. Ia TIDAK boleh dibikin tanpa tiang.




Karya berwarna oren BUKAN karya saya. Ia memiliki banyak kesilapan yang saya bulatkan.

Karya berwarna hitam adalah hasil setelah saya perbetulkan kufinya mengikut kaedah FoKS.

Tak salah nak berkufi, tapi pelajarilah teknik yang betul & ikutlah disiplin agar hasilnya berkualiti. Bukan tangkap muat dan hentam kromo sahaja.


Tuesday, 26 December 2017

Kufinama - JOHOR DARUL TA'AZIM


1. Setiap Negeri di Malaysia, memiliki nama gelaran yang tersendiri bagi melambangkan identiti & jati diri mereka.

2. Berikut adalah nama setiap negeri di Malaysia dengan gelaran masing-masing :-

1. Johor Darul Taazim. 
2. Melaka (Pernah menggunakan Melaka Negeri Bersejarah, dan juga Melaka Bumi Hang Tuah. Ada juga yang menggelarnya Melaka Darul 'Azim). 
3. Negeri Sembilan Darul Khusus. 
4. Selangor Darul Ehsan. 
5. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan).
6. Perak Darul Ridzuan. 
7. Kedah Darul Aman. 
8. Pulau Pinang Pulau Mutiara. 
9. Perlis (Dahulu menggunakan Indera Kayangan, tapi sekarang hanya PERLIS sahaja). 
10. Kelantan Darul Naim. 
11. Terengganu Darul Iman. 
12. Pahang Darul Maamur. 
13. Sarawak Bumi Kenyalang. 
14. Sabah Dibawah Bayu.

3. Anda berminat untuk menjadikan kufinama negeri anda sebagai lambang jatidiri pada cenderahati? Hubungi saya melalui Whatsapp.

*** Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk meggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂.