Showing posts with label sunnah. Show all posts
Showing posts with label sunnah. Show all posts

Monday, 10 June 2019

SUNNAH : BERKATA BAIK ATAU DIAM

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت 


“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau hendaklah dia diam.” (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari, no. 6018; Muslim, no.47)


#satuharisatukufi 

#squarekufic 

#kufifoks 

#foksinternationale 

#foksindonesia 

#foksmalaysia 

#kufimurabba 

#kufimurobba

#sunnah

Friday, 12 April 2019

Antara Lafaz Istighfar

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Abu Dawud, dan Al Hakim, barangsiapa membaca istighfar dibawah ini, maka akan diampunkan dosanya, meskipun ia telah lari dari medan jihad yang sedang berkecamuk (dimana dosanya sangat besar sekali) :


أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ


Artinya : “Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya”.


Tuesday, 9 April 2019

Antara Lafaz Istighfar yang sahih

Doa istighfar kaffaratul majlis (penutup dan penghapus dosa majlis) dalam riwayat Abu Dawud, An Nasa’i, Ath Tabrani, dan Al Hakim :

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Bermaksud : “Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memujiMu, aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak dsembah selain Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMu”

Marilah kita amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Dalam bab istighfar ini, Allah telah menjanjikan rezeki yang luas dan urusan dipermudahkan kepada mereka yang banyak memohon ampun dariNya.



Sunday, 27 January 2019

SUNNAH - Jangan Marah

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda kepada seorang sahabatnya,

لاَ تَغْضَبْ وَلَكَ الْجَنَّةُ. 

Jangan kamu marah, maka kamu akan masuk Surga.

Hadis Sahih, Riwayat at-Tabrani dalam al-Mu’jamul Ausat (no. 2374) dari Sahabat Abu Darda Radhiyallahu anhu. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ish Saghir (no. 7374) dan Sahih at-Targhib wat-Tarhib (no. 2749).

#kufimurabba

#kufimurobba

#kufi

#kufifoks

#foksinternationale

#foksindonesia

#foksmalaysia

#sunnah

Tuesday, 23 January 2018

SUNNAH - Antara Wirid selepas solat fardhu


“Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/254, no. 931)

Inilah antara wirid yang disunnahkan untuk kita mambacanya setiap kali selesai menunaikan solat fardhu. Ia ringkas dan padat. Berbeza dari apa yang kita selalu dengar di masjid & surau.

Jom amal sunnah, biar sikit tapi istiqamah.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#zikr
#foks
#foksmalaysia
#foksinternationale
#foksindonesia
#sunnah

*** Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini untuk dijadikan profail dalam medsos. Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

Thursday, 18 January 2018

Doa Yang Ringkas Untuk Menghindari Kemudaratan


“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan mendatangkan mudarat, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 

Rasulullah bersabda, (“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”) 

Hadith Riwayat Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah 2/332. Sheikh AbdulAziz Ibnu Baaz berpendapat, sanad hadith ini Hasan dalam Tuhfatul Akhyar hal. 39.

Jom amal sunnah, biar sikit, tapi istiqamah.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#zikr
#tauhid
#foks
#foksmalaysia
#foksinternationale
#sunnah

Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Atau ingin memiliki doa ini dalam bingkai berkaca. Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733. 

Tuesday, 16 January 2018

Antara Wirid Selepas Solat Fardhu


Antara wirid yang digalakkan untuk diamalkan setelah solat fardhu, sesuai dengan sunnah Nabi. 

"Ya Allah tidak ada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang mampu memberi apa yang Engkau halang. Nasib dan tuah  seseorang tidak berguna untuk menyelamatkan ancaman dariMu” (HR. Bukhari : 1/225, Muslim: 1/414.) 

Jom amal sunnah, biar sikit tapi istiqamah.

#sunnah
#kufimurabba
#kufimurobba
#art
#kufimoden
#zikr

Tuesday, 2 January 2018

SUNNAH - Mencontohi Nabi dalam beribadah


Dalam menunaikan ibadah, umat Islam mestilah merujuk contoh yang terbaik iaitu Nabi #Muhammad s. a. w. Semua ibadah yang kita perlu laksanakan telah pun dicontohkan dalam #sunnah yang disyariatkan. Oleh itu, marilah kita amalkan sunnah dalam ibadah & dalam kehidupan. Biarpun sikit tapi istiqamah. 

Sunday, 31 December 2017

SUNNAH - Betulkan Niat Kita


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِيءٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٌ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ )). رَوَاهُ إِمَامَا الْمُحَدِّثَيْنِ : أَبُوْ عَبْدِ الله مُحَمَّدِ بْنِ إِسْمَاعِيْلَ بْنِ إِبْرَاهِيْمَ بْنِ الْمُغِيْرَةِ بْنِ بَرْدِزْبَةِ الْبُخَارِيْ ، وَأَبُوْ الْحُسَيْنِ مُسْلِمُ بْنُ الْحَجَّاجِ بْنِ مُسْلِمِ الْقُشَيْرِيُّ اَلنَّيْسَابُوْرِيُّ فِيْ صَحِيْحَيْهِمَا اللَّذَيْنِ هُمَا أَصَحُّ الْكُتُبِ الْمُصَنَّفَةِ .

Dari Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Khattab berkata, 

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal perbuatan memerlukan niat. Dan setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa yang hijrahnya kerana ingin meraih dunia atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan.” 

Hadis ini diriwayatkan oleh dua orang imam besar ahli hadis iaitu, Abu Abdillah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari, dan Abul Husein Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi dalam kitab Sahih mereka, iaitu kitab karangan yang paling sahih. 

... 

#sunnah
#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#zikr

Thursday, 28 December 2017

SUNNAH - Mari memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat.


Antara Sunnah Nabi yang kita dituntut untuk mengamalkannya. Mari kita perbanyakkan membaca selawat keatas junjungan besar, Nabi Muhammad s. a. w. di hari Jumaat yang mulia ini. Salah satu lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد "Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya." 

#kufi
#kufimurabba
#kufimurobba
#art
#kufimoden
#zikr
#sunnah