Tuesday 23 January 2018

SUNNAH - Antara Wirid selepas solat fardhu


“Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/254, no. 931)

Inilah antara wirid yang disunnahkan untuk kita mambacanya setiap kali selesai menunaikan solat fardhu. Ia ringkas dan padat. Berbeza dari apa yang kita selalu dengar di masjid & surau.

Jom amal sunnah, biar sikit tapi istiqamah.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#zikr
#foks
#foksmalaysia
#foksinternationale
#foksindonesia
#sunnah

*** Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini untuk dijadikan profail dalam medsos. Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

Thursday 18 January 2018

Doa Yang Ringkas Untuk Menghindari Kemudaratan


“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan mendatangkan mudarat, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 

Rasulullah bersabda, (“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”) 

Hadith Riwayat Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah 2/332. Sheikh AbdulAziz Ibnu Baaz berpendapat, sanad hadith ini Hasan dalam Tuhfatul Akhyar hal. 39.

Jom amal sunnah, biar sikit, tapi istiqamah.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#zikr
#tauhid
#foks
#foksmalaysia
#foksinternationale
#sunnah

Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Atau ingin memiliki doa ini dalam bingkai berkaca. Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733

Tuesday 16 January 2018

Antara Wirid Selepas Solat Fardhu


Antara wirid yang digalakkan untuk diamalkan setelah solat fardhu, sesuai dengan sunnah Nabi. 

"Ya Allah tidak ada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang mampu memberi apa yang Engkau halang. Nasib dan tuah  seseorang tidak berguna untuk menyelamatkan ancaman dariMu” (HR. Bukhari : 1/225, Muslim: 1/414.) 

Jom amal sunnah, biar sikit tapi istiqamah.

#sunnah
#kufimurabba
#kufimurobba
#art
#kufimoden
#zikr

Wednesday 10 January 2018

DOA NABI YUNUS



Doa Nabi Yunus atau Doa ZunNun : 

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. 

[Surah al-Anbiya’:87]

Doa ini juga disebutkan dalam sebuah hadis. Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. [Riwayat al-Tirmizi (3505)].  [Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan].

Jom kita amal sunnah, biar sikit tapi istiqamah. 

#kufimurabba
#kufimurobba
#art
#foksinternasionale
#zikr
#doa
#tawheed
#tauhid
#uluhiyyah

Thursday 4 January 2018

Kufinama : ALIAS ABDUL HADI


1. Inilah hasil perahan otak beberapa jam untuk mengkufikan nama Encik Alias Abdul Hadi.

2. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

Tuesday 2 January 2018

SUNNAH - Mencontohi Nabi dalam beribadah


Dalam menunaikan ibadah, umat Islam mestilah merujuk contoh yang terbaik iaitu Nabi #Muhammad s. a. w. Semua ibadah yang kita perlu laksanakan telah pun dicontohkan dalam #sunnah yang disyariatkan. Oleh itu, marilah kita amalkan sunnah dalam ibadah & dalam kehidupan. Biarpun sikit tapi istiqamah. 

Monday 1 January 2018

Kufinama - PAHANG DARUL MA'AMUR


1. Kufi Murabba Pahang Darul Ma'amur. Maaf, olehkerana terdapat hasil karya saya yang diplagiat, saya terpaksa meletakkan watermark. 

2. Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂. 

3. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

Kufinama - Mohd Nizam Shahabuddin


1. Tuan Haji Nizam, pemilik NISMILAN HOUSE (Dahulunya RND Cafe) telah menghubungi saya untuk mengkufikan nama beliau.

2. Hasilnya, beliau amat berpuas hati dengan rekabentuk ringkas tetapi padat, sarat dengan identiti beliau sebagai anak jati Nismilan. 

3. Sekiranya anda ingin menikmati hidangan Western dengan harga yang amat berpatutan, dengan rasa yang lazat, jangan lupa singgah di Nismilan House, berhampiran Hospital Salam Lavender Heights, Senawang.

4. Like dan share FB page NISMILAN HOUSE.

5. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

- Wak Asri