Sunday 31 December 2017

SUNNAH - Betulkan Niat Kita


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِيءٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٌ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ )). رَوَاهُ إِمَامَا الْمُحَدِّثَيْنِ : أَبُوْ عَبْدِ الله مُحَمَّدِ بْنِ إِسْمَاعِيْلَ بْنِ إِبْرَاهِيْمَ بْنِ الْمُغِيْرَةِ بْنِ بَرْدِزْبَةِ الْبُخَارِيْ ، وَأَبُوْ الْحُسَيْنِ مُسْلِمُ بْنُ الْحَجَّاجِ بْنِ مُسْلِمِ الْقُشَيْرِيُّ اَلنَّيْسَابُوْرِيُّ فِيْ صَحِيْحَيْهِمَا اللَّذَيْنِ هُمَا أَصَحُّ الْكُتُبِ الْمُصَنَّفَةِ .

Dari Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Khattab berkata, 

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal perbuatan memerlukan niat. Dan setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa yang hijrahnya kerana ingin meraih dunia atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan.” 

Hadis ini diriwayatkan oleh dua orang imam besar ahli hadis iaitu, Abu Abdillah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari, dan Abul Husein Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi dalam kitab Sahih mereka, iaitu kitab karangan yang paling sahih. 

... 

#sunnah
#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#zikr

Thursday 28 December 2017

SUNNAH - Mari memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat.


Antara Sunnah Nabi yang kita dituntut untuk mengamalkannya. Mari kita perbanyakkan membaca selawat keatas junjungan besar, Nabi Muhammad s. a. w. di hari Jumaat yang mulia ini. Salah satu lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد "Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya." 

#kufi
#kufimurabba
#kufimurobba
#art
#kufimoden
#zikr
#sunnah

Wednesday 27 December 2017

Kufinama : SELANGOR DARUL EHSAN


1. Kufi Murabba Selangor Darul Ehsan. Maaf, olehkerana terdapat hasil karya saya yang diplagiat, saya terpaksa meletakkan watermark. 

2. Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂. 

3. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#kufimoden
#art
#selangor
#selangordarulehsan

Tuesday 26 December 2017

Kufinama : NEGERI SEMBILAN DARULKHUSUS


1. Nama Negeri Sembilan DarulKhusus dalam bentuk kufimurabba atau square kufic. 

2. Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk meggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂.  

3. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

Kufinama : AISHAH NORDIN


1. Kali ini, rekabentuk kufinama agak lain dari biasa. 

2. Setelah nama direkabentuk menjadi segiempat sama (square kufic), kreativiti dan skill serta peralatan yang sesuai, diperlukan bagi merekabentuk kufi secaral floral (bunga). 

3. Ini masih lagi peringkat draft. Belum disolek habis-habisan. 

4. Berminat untuk melihat nama anda direka dalam bentuk seperti ini? Terus hubungi saya di Whatsapp : http://wasap.my/601129531733.

- Wak Kufi

😁

Kufinama - JOHOR DARUL TA'AZIM


1. Setiap Negeri di Malaysia, memiliki nama gelaran yang tersendiri bagi melambangkan identiti & jati diri mereka.

2. Berikut adalah nama setiap negeri di Malaysia dengan gelaran masing-masing :-

1. Johor Darul Taazim. 
2. Melaka (Pernah menggunakan Melaka Negeri Bersejarah, dan juga Melaka Bumi Hang Tuah. Ada juga yang menggelarnya Melaka Darul 'Azim). 
3. Negeri Sembilan Darul Khusus. 
4. Selangor Darul Ehsan. 
5. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan).
6. Perak Darul Ridzuan. 
7. Kedah Darul Aman. 
8. Pulau Pinang Pulau Mutiara. 
9. Perlis (Dahulu menggunakan Indera Kayangan, tapi sekarang hanya PERLIS sahaja). 
10. Kelantan Darul Naim. 
11. Terengganu Darul Iman. 
12. Pahang Darul Maamur. 
13. Sarawak Bumi Kenyalang. 
14. Sabah Dibawah Bayu.

3. Anda berminat untuk menjadikan kufinama negeri anda sebagai lambang jatidiri pada cenderahati? Hubungi saya melalui Whatsapp.

*** Hakcipta @asrialbaker. Sekiranya anda berminat untuk meggunakan logo ini secara percuma di laman sosial,  atau berhajat untuk berkongsi rekabentuknya, sekurang-kurangnya hubungilah saya dahulu. Kita semua berbudi bahasa, elakkan plagiarisma 🙂. 

Zikir-zikir yang dianjurkan untuk kita amalkan pada bila bila masa


Subhanallah = Maha Suci Allah. 

Alhamdulillah = Segala Pujian Hanya Bagi Allah.

La Ilaha Illallah = Tiada Tuhan Selain Allah. 

Allahu Akbar = Allah Yang Maha Besar (Agung).  

Surah al-Fatihah ayat 3


Bahawa sesungguhnya Allah adalah sebenar-benar pemilik hari kebangkitan. 

Kufi Mushafi - Old school kufi


1. Tahukah anda? Bahawa kitab suci al-Quran ditulis oleh generasi awal Islam termasuk golongan Salafus-Saleh, dengan menggunakan khat kufi?

2. Pada ketika itu, kufi menjadi asas untuk penulisan, perhubungan dan komunikasi antara bangsa Arab. 

3. Nama Kufi, dinisbahkan kepada tempat khat ini berkembang iaitu di sebuah tempat bernama Kufah, yang sekarang terletak di Iraq. 

4. Kufi mengalami evolusi dan membangun, teruaydikembangkan menjadi banyak versi seperti Kufi Fatimi, Kufi Murabba' dan pelbagai lagi. 

5. Panjang sejarah kufi sebenarnya. 

Surah al-Fatihah ayat 2


Dialah Allah Yang Maha Pemurah (kepada semua makhluknya) dan Maha Penyayang (kepada orang-orang yang beriman). 

Kufinama = MUHAMAD FARIS MARJUKI



1. Saya dihubungi oleh Encik Faris bagi mengkufikan nama lengkap beliau.

2. Setelah beberapa kali revisi, maka Encik Faris bersetuju dengan rekabentuk yang ini.

3. Ditambah lagi dengan lambang Negeri Johor sebagai latarbelakang. Menyerlahkan lagi identiti Encik Faris sebagai seorang anak Johor sejati. 

4. Anda berminat untuk mengkufikan nama anda? Sila Whatsapp saya di talian +6011.2953.1733. Kita bincang :-)


Orang orang beriman itu bersaudara




Surah al-Hujrat ayat 49. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden
#squarekufic

Saturday 23 December 2017

Surah al-Fatihah ayat 1




Pembukaan Surah al Fatihah. Segala Puji Hanya Bagi #Allah, Tuhan Sekalian Alam.

#kufimurabba
#kufimurobba
#kufi
#art
#kufimoden

Permulaan Surah al-Fatihah



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Friday 22 December 2017

Dengan Nama Allah



Walaupun hanya dengan satu ayat, ia dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

#bismillah
#kufimurobba
#kufi
#kufimurabba
#art
#kufimoden

Mari kita amalkan ucapan ASSALAMUALAIKUM.



1. Sunnah yang semakin dilupakan. Kita amat amat dianjurkan untuk melontarkan salam apabila bertemu dengan saudara seagama dengan kita. Banyak keberkatannya. 

2. Hadis Rasulullah menyebut : 

« حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ ». قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ ».

“Hak muslim pada muslim yang lain ada enam.” Lalu ada yang menanyakan, ”Apa saja keenam hal itu?” Lantas beliau sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau diminta nasihat, berilah nasihat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke perkuburan).” (HR. Muslim no. 2162)

3. Sama-samalah kita hidupkan sunnah Rasulullah s. a. w.

Berkarya bukan syiok sendiri.



Tak guna berkarya kalau hanya pengkarya seorang diri yang mampu menikmati & memahami karya tersebut. Dalam memahami Square Kufic, salah satu disiplin paling penting dalam #kufimurabba ialah BOLEH DIBACA sebagaimana membaca tulisan jenis khat arab yang lain.

Atas dasar inilah, maka disiplin dalam kufimurabba seperti datum (paksi), serta penjagaan huruf-huruf hijaiah amat penting untuk difahami dan diikuti.

Sesiapa pun boleh mengaku pandai berkufi tetapi hasilnya akan jadi cacamarba jika tak ikut disiplin asas.

Oleh itu, berkufilah dengan berdisiplin. Bukan semberono.

#kufimurobba
#kufi
#art
#philosophy
#challenge

Welcome to DUNIA KUFI



Inilah duniaku, dunia kufi murabba (square kufic), yang penuh dengan disiplin, penyelesaian masalah, logika, dan tak putus-putus dengan cabaran.

- Wak Kufi